Wednesday, 9 October 2013

DH 2 : Pelancaran Laman Blog dHolland


Hari ini, Rabu 9 Oktober 2013, Laman Blog Projek Inovasi Sains - dHolland telah dilancarkan bertempat di Math Centre, SMK Pemanis. Laman blog ini dibangunkan sepenuhnya oleh Unit Komunikasi, ICT dan Media Baru, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Ia boleh diakses menerusi URL www.dhollandsmp.blogspot.com

Laman Blog dHolland membawa misi untuk :
(1) Mengetengahkan projek inovasi ini ke pentas akess sejagat menerusi medium Internet.
(2) Memperluaskan ilmu menerusi perkongsian sumber dan ketelusan penyelidikan.
(3) Mempromosi projek untuk menjadi lebih dikenali.

Semoga perkongsian dHolland di Laman Blog dapat memberi manfaat kepada semua.







Monday, 7 October 2013

dHolland Ke Karnival Sains dan Kejuruteraan Kebangsaan 2013/2014

Buat kali kedua, Pasukan Penyelidikan Saintifik dan Inovasi SMK LKTP Pemanis melangkah ke Karnival Inovasi Sains dan Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2013/2014. Akan bertemu pada 21 - 23 Oktober ini di Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.

Kali ini tentunya projek dHolland as Natural Pesticides : Production of Extracts from Soursop Leaves (Annona muricata) to Reduce the Population of Termites.

Berikut adalah projek - projek dari seluruh Malaysia yang telah berjaya melepasi saringan Scientific Review Committee (yang bersidang pada 10 - 12 Sept 2013).



16 projek kategori kumpulan dan 5 kategori individu. Dari Johor, 5 projek terpilih. Segala persediaan rapi sedang disusun. Jumpa kami di sana nanti!